Cara Mengenal Pasti Jam Jenama Mewah Tulen Atau Palsu
Swiss merupakan sebuah negara yang terkenal dengan penghasilan jam tangan terbaik di dunia. Jam tangan buatan Swiss mempunya gaya dan kelebihannya yang tersendiri.
Jam tangan Swiss telah menghadkan setiap pengeluaran bagi mengekalkan eksklusif dan mewah. Permintaan yang terlalu tinggi dan pengeluaran terlalu terhad, maka terjadilah jam palsu yang banyak dikeluarkan di setiap negara.
Bagi sesiapa yang ingin memiliki jam berjenama mewah atau ingin membuat koleksi haruslah berhati-hati. Ini kerana terlalu banyak kes pemalsuan jam pada zaman sekarang.
Cara mengenal pasti jam berjenama mewah tulen atau palsu
Berikut merupakan cara cara untuk mengenal pasti jam tersebut tulen ataupun palsu.
1. Lihat setiap perkataan pada jam
​Kebiasaannya jam tangan berjenama mewah ini mempunyai huruf atau nombor dibelakang jam dan di ‘buckle’. Jam yang tulen mempunyai huruf dan nombor yang lebih kemas, halus, jarak yang sama. Manakala untuk yang palsu tulisannya lebih kembang, tak sekata dan jarak yang berbeza
2.Nombor model
Semak nombor model yang dinyatakan pada sijil atau belakang jam tersebut. Jika nombor model yang dinyatakan tidak sama, anda boleh hubungi customer service untuk periksa semula
3. Logo
Pada setiap jam berjenama mewah ini mempunyai logo tersendiri yang sukar untuk ditiru. Contohnya seperti rolex mempunyai corak ‘crown’ pada setiap nombor 6. Tetapi kini sudah banyak logo ini dapat ditiru tapi bentuk dan hasil kerjanya sangat tidak kemas.
Ini hanyalah beberapa tempat yang kita boleh lihat dengan mata kasar. Jika anda ragu-ragu terhadap jam tersebut, anda boleh hubungi Larue. Larue menyediakan khidmat penilaian untuk setiap barang berjenama dengan percuma dan membeli barang berjenama mewah dengan harga tinggi!